You are using an outdated browser. For a faster, safer browsing experience, upgrade for free today.

HEYHO Notis Privasi

HEYHO APP (“HeyHo App”) adalah komited dalam menjamin privasi anda. Dasar Privasi ini (“Dasar”) menerangkan dasar-dasar dan langkah-langkah yang berkaitan pengumpulan, penggunaan dan penzahiran informasi dikumpul dari perkhidmatan HeyHo melalui aplikasi telefon mudah alih, dan laman web dimiliki dan dikawal oleh HeyHo App (laman web, dan sebarang produk dan perkhidmatan dibekalkan oleh HeyHo App secara kolektif dikenali sebagai “HeyHo Servis” termasuk pelantar teknologi yang ditakrifkan seperti di bawah). Pengunaan laman web HeyHo atau perkhidmatan HeyHo, anda bersetuju atas terma-termadalam dasar ini. 1. Apakah Data Peribadi Dalam jangka masa pengunaan perkhidmatan HeyHo, kami akan meminta anda membekalkan data dan maklumat tentang anda sendiri dan/atau pertubuhan anda (“Data Peribadi”) supaya kami boleh menjalankan transaksi dengan anda dan membekalkan perkhidmatan yang diperlukan dan/atau penghantaran yang berhubung dengan perniagaan kami. Data Peribadi ertinya apa-apa maklumat yang yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang data subjek, yang dekinal pasti atau boleh boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu; tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud suatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Data peribadi sensitif ertinya apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Kami tidak akan memproseskan data peribadi sensitif anda, kecuali anda memberikan “persetujuan yang jelas” atau sebagai contohnya, pemprosesannya diperlukan bagi: i) tujuan prosiding undang-undang; atau ii) tujuan mendapatkan nasihat undang-undang; atau iii) membina, melaksanakan atau membela hak undang-undang pengguna data. Kami tidak berniat dalam mengumpul Data Peribadi dari pelawat di bawah umur 13. Sekiranya, kanak-kanak di bawah umur 13 menghantar Data Peribadi kepada HeyHo App, kami akan mencuba untuk memadamkan data tersebut secepat mungkin. Sekiranya anda percaya kemungkinannya kami mempunyai sebarang Data Peribadi dari seorang kanak-kanak di bawah umur 13, sila hubungi kami. Data berikut adalah dikumpul oleh atau bagi pihak HeyHo: (A) Data diberikan oleh pengguna. Ini termasuk: ● Profil Pengguna Kami mengumpulkan data semasa pengguna membuka atau memgemas kini akaun HeyHo. Ini termasuk nama mereka, emel, nombor telefon, nama log masuk dan kata laluan, alamat, gambar profil, bayaran atau maklumat bank (termasuk maklumat pengesahan bayaran yang berkenaan), lesen pemandu dan dokumen pengenalan kerajaan (termasuk nombor dalam dokumen seperti tarikh kelahiran, jantina, dan gambar). Ini termasuk maklumat kenderaan atau insuran pemandu dan penghantar, maklumat hubungi kecemasan, seting pengguna, dan bukti kesihatan atau kecergasan bagi tujuan memberikan perkhidmatan penggunaan HeyHo App. Ini termasuk juga jantina dan/atau pekerjaan (semasa memerlukan perkhidmatan atau program HeyHo, jika berkenaan). Kami mungkin mengguna gambar dikemukakan oleh pengguna untuk mengesahkan identity mereka, sepertinya melalui teknologi facial recognition. ● Penyemakan latar belakang dan pengesahan identiti: Kami mengumpul maklumat penyemakan latar belakang dan pengesahan identity pemandu dan penghantar. Ini temasuk maklumat seperti sejarah pemandu atau rekod jenayah (sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang) dan hak kerja. Maklumat ini akan dikumpul oleh penjual yang diberi kuasa bagi pihak HeyHo. Kami juga kumpul pengesahan identity dari pengguna HeyHo yang meminta penghantaran alkohol. ● Data Demografik: Kami akan kumpul data demografik berkaitan dengan pengguna, termasuk melalui tinjauan pengguna. Dalam sesetengah negara, kami juga kumpul data demografik berkaitan dengan pengguna dari pihak ketiga. ● Kandungan Pengguna: Kami kumpul maklumat pengguna serah semasa mereka menghubungi sokongan pelanggan HeyHo, memberikan penilaian atau pujian bagi pengguna lain atau restoran rakan kongsi; atau sebaliknya menghubungi HeyHo. Ini termasuk maklum balas, gambar atau rakaman lain dikumpul oleh pengguna. (B) Data dicipta semasa guna perkhidmatan kami. Ini termasuk: ● Data lokasi (pemandu dan penghantar): Heyho kumpul data ini semasa HeyHo app berjalan depan (app buka dan on-screen) atau belakang (app open tetapi tidak on-screen) atas telefon mudah alih mereka. ● Data lokasi (penumpang dan penerima penghantaran): Kami kumpul data lokasi tepat atau anggaran dari penumpang atau penerima penghantaran telefon mudah alih sekiranya mereka membenarkan kami buat begitu. HeyHo kumpul data dari masa penjalanan atau penghantaran diminta sehingga tamat, dan applikasi jalan di depan atas telefon mudah alih. Kami menggunakan data ini untuk menaik penggunaan applikasi kami oleh anda, termasuk menambahbaikkan lokasi pick-up, mengaktifkan ciri keselamatan dan mengelakkan dan mengesan penipuan. HeyHo kumpul data lokasi pemandu, dan menghubung data lokasi kumpul dengan akaun penumpang semasa perjalanan, ini adalah sama sekiranya penumpang tidak membenarkan kami kumpul data lokasi atas peranti mereka. ● Maklumat transaksi: Kami kumpul maklumat transaksi yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami, termasuk jenis perkhidmatan diminta atau dibekalkan, perincian tempahan, maklumat penghantaran, tarikh dan masa perkhidmatan dibekalkan, jumlah dikenakan, jarak perjalanan, dan cara bayaran. Tambahan pula, sekiranya seseorang guna kod promosi, kami akan bersekutu nama anda dengan dia. ● Data penggunaan: Kami mengumpul data tentang cara pengguna berinteraksi dengan perkhidmatan kami. Ini termasuk data seperti contoh tarikh dan masa akses, ciri-ciri app atau laman web yang dilayari, app crash dan aktiviti system yang lain, jenis browser, dan laman web atau perkhidmatan pihak ketiga digunakan sebelum berinteraksi dengan perkhidmatan kami. Dalam sebahagian kes, kami kumpul data ini melalui kuki, pixels, tags, dan teknologi penjejakan yang sama untuk mencipta dan menjaga pengenal yang unik. Semacam pelbagai perkhidmatan atas talian, kami menggunakan kuki untuk mengumpul maklumat. “Kuki” (“Cookies”) adalah maklumat dari kepingan kecil dihantar oleh laman web kepada hard drive komputer anda semasa anda melayari lama web. Kami akan menggunakan kedua-duanya Kuki seksyen (lupus masa anda menutup lama web) dan Kuki kekal (berada dalam komputer anda sehingga anda memadamkan dia) untuk membekal anda pengalaman yang lagi peribadik dan interaktif atas laman web kami. Kawasan laman web hanya boleh diakseskan oleh pengguna yang telah daftar dengan browser membenarkan Kuki. Heyho app menggunakan Kuki untuk mengesahkan anda telah log masuk dengan betul, bagi menunjukkan maklumat lokasi utama dan tempahan sebagai contoh. Kami akan menggunakan Kuki dari semasa ke semasa untuk menilai tindak balas anda kepada aspek baru perkhidmatan HeyHo dan/atau emel dalam usaha menambahbaikkan sokongan pelanggan kami secara berterusan dan kebolehgunaan perkhidmatan HeyHo. Sila ambil perhatian Kuki tidak akan menyebarkan virus komputer, mengambil sebarang data dari hard drive anda, atau menangkap emel anda. Anda boleh memadamkan atau menghalang Kuki dari komputer anda sekiranya anda ingin buat begini (browser internet help screen atau manual akan menjelaskan proses ini), teatpi sebahagian perkhidmatan HeyHo dan juga laman web ada kemungkinnannya tidak dapat berfungsi dengan betul atau tidak berfungsi langsung sekiranya browser anda tidak memerima Kuki. ● Data peranti: Kami akan mengumpul data berkaitan dengan peranti yang digunakan untuk memasuki perkhidmatan kami, termsuk hardware models, alamat IP peranti, sistem operating, dan versi, software, bahasa yang disukai, pengenal peranti unik, pengenal iklan, nombor siri, data motion peranti, dan data rangkaian mudah alih. ● Data komunikasi: Kami membolehkan pengguna berkomunikasi masing-masing dan juga Heyho melalui applikasi mudah alih dan laman web HeyHo. Sebagai contoh, kami membolehkan pemandu dan penumpang, dan restoran atau penghantar dan penerima penghantaran, membuat panggilan, teks, atau hantar fail masing-masing (biasanya tanpa mendedahkan nombor telefon mereka masing-masing). Bagi membekalkan perkhidmatan ini, HeyHo menerima data berkaitan dengan panggilan, teks atu komunikasi termasuk tarikh dan masa komunikasi dan kandungan komunikasi. HeyHo juga menggunakan data ini untuk perkhidmatan sokongan pelanggan (termasuk menyelesaikan pengaduhan di antara pengguna), untuk tujuan keselamatan, menambahbaikkan produk dan perkhidmatan kami, dan juga analitik. ● Data peranti sewa: Kami mengumpul data dihasilkan oleh peranti sewa, contohnya basikal, skuter, atau kenderaan atau peranti electric ringan, semasa digunakan. Ini termasuk tarikh dan masa guna, dan lokasi, perjalanan dan jaraknya. Sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang, data lokasi dikumpul dari peranti sewa semasa perjalanan akan dihubungkan dengan akaun penyewa, walaupun mereka tidak benar pengumpulan data lokasi dari peranti mudah alih mereka. ● Rakaman audio: Dalam bidang kuasa negara yang tertentu, dan sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang, pengguna boleh merakam audio perjalanan mereka melalui fungsi dalam aplikasi. Rakaman adalah disulitkan dan disimpan atas peranti pengguna, dan hanya dikongsi dengan HeyHo sekiranya diserahkan kepada sokongan pelanggan oleh pengguna bagi tujuan keselamatan. (C) Data dari sumber lain. Ini termasuk: ● Maklum balas pengguna, contohnya penilaian, maklum balas, atau pujian. ● Pengguna menyertai program rujukan kami. Sebagai contoh, apabila pengguna rujuk kepada orang lain, kami mendapat data peribadi orang yang dirujuk dari pengguna. ● Pemilik akaun HeyHo yang meminta perkhidmatan bagi atau bagi pihak pengguna lain, atau sesiapa membenarkan pengguna meminta atau memerima perkhidmatan melalui akaun mereka. Ini termasuk pemilik akaun perniagaan HeyHo. ● Pengguna atau orang lain membekalkan maklumat berkenaan tuntutan atau pertikaian. ● Pengguna mencipta akaun atau memasuki akaun HeyHo melalui rakan kongsi HeyHo, contohnya pembekal bayaran, perkhidmatan media social, atau aplikasi atau lama web yang mengguna API HeyHo atau APIs yang HeyHo menggunai. ● Penjual yang membantu mengesahkan identity pengguna, maklumat latar belakang, dan kelayakan kerja, bagi tujuan pengawalseliaan, keselamatan dan sekuriti. ● Insurans, kenderaan, atau pembekal perkhidmatan kewangan bagi pemandu dan/atau penghantar. ● Syarikat rakan kongsi pengangkutan (bagi pemandu atau penghantar yang mengguna perkhidmatan kami melalui akaun yang berkaitan dengan syarikat-syarikat ini). ● Sumber awam yang sedia ada ● Pembekal perkhidmatan pemasaran HeyHo mungkin akan mengabungkan data yang dikumpulkan dari sumber-sumber dengagn data lain dalam pemilikannya. 2. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan dikumpul, digunakan dan diproses oleh kami bagi tujuan yang berikut: a. Penghantaran barang, perkhidmatan atau bahan hantaran dan pemasaran perkhidmatan atu bahan hantaran bagi masa sekarang atau depan, bagi anda; b. Untuk memudahkan bayaran bagi perkhidmatan HeyHo; c. Prosedur pengurusan hubungan ahli atau pelanggan di bawah aplikasi HeyHo; d. Simpanan rekod dalam kami; e. Pematuhan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan peruntukan bagi perkidmatan dan bahan hantaran kami, dan membuat penzahiran bawah kawalan undang-undang, peraturan, peruntukan, perintah mahkamah, undang-undang sampingan, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami; dan f. Membolehkan kami menghantar maklumat melalui emel, cara telekomunikasi (panggilan telefon atau mesej teks) atau media social berkaitan dengan produk dan perkhidmatan dibekalkan oleh pihak ketiga terpilih yang kami rasa amat menarik bagi anda. 3. Apakah kesan kegagalan membekalkan Data Peribadi? Kegagalan membekalkan Data Peribadi akan/mungkin:- a. menyebabkan kami tidak mampu membekalkan perkhidmatan dan/atau bahan hantaran diminta bawah perkhidmatan HeyHo kepada anda; dan b. menyebabkan kami tidak dapat memberitahu perubahan undang-undang, perkhidmatan kami, bahan hantaran dan/atau pelancaran yang terkini dengan anda. 4. Penzahiran Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami akan disimpan secara sulit tetapi anda disini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami membekalkan atau menzahir data peribadi kepada pihak-pihak yang berikut: a. Sesiapa kami diperlukan buat demikian di bawah undang-undang atau menindak balas badan penguatkuasa atau agensi kerajaan atau pematuhan perintah mahkamah; b. Agensi kerajaan, badan penguatkuasa undang-undang dan industry; c. Juruaudit, penasihat, akauntan, syarikat insurans, peguam, atau penasihat kewangan atau professional dan Bar Council; d. Sub-kontraktor atau perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk yang akan diputuskan sebagai perlu atau sesuai. Pengguna sila ambil perhatian atas pemprosesan Data Peribadi dalam keadaan tertentu adalah dikecualikan daripada pematuhan prinsip penzahiran dan kami akan menzahirkan Data Peribadi yang kami kumpul semasa sebarang keadaan di bawah belaku. Keadaan-keadaan tersebut adalah yang seperti berikut: a. Sebagaimana data peribadi diproses untuk pencegahan atau pengesanan jenayah atau tujuan penyiasatan; atau b. Sebagaimana data peribadi diproses untuk penangkapan atau tuduhan pesalah; atau c. Sebagaimana data peribadi diproses untuk penilaian atau pengumpulan cukai atau duti atau sebarang pengenaan yang sama; atau d. Sebagaimana data peribadi diproses untuk penyediaan statistic atau melakukan penyelidikan (subjek kepada data peribadi tidak diproses untuk tujuan lain dan statistic atau keputusan penyelidikan tidak akan mendedahkan nama); atau e. Sebagaimana data peribadi diproses untuk tujuan atau behubung dengan sebarang perintah atau keputusan mahkamah; atau f. Sebagaimana data peribadi diproses untuk tujuan kewartawan, sastera atau artistic. 5. Langkah Keselamatan Kami akan menyimpan dan memproses Data Peribadi dalam cara selamat. Kami berusaha, sebagaimana mungkin, untuk melaksanakan pentadbiran dan jaminan sekuriti yang sesuai dan prosedur mengikut undang-undang dan peraturan terpakai untuk mengelakkan pemprosesan Data Peribadi tanpa kuasa dan melanggar undang-undang dan kehilangan tanpa sengaja atau kemusnahan atau kerosakan atas Data Peribadi tersebut. Langkah - Langkah yang akan diambil setelah pertimbangan seperti yang berikut: i) Jenis Data Peribadi dan kemudaratan yang akan terjadi dari kehilangan, kesalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kuasa atau tanpa sengaja atau penzahiran; ii) Lokasi yang mana disimpan; iii) Langkah sekuriti yang digunakan atas peralatan Data Peribadi simpan; iv) Langkah-langkah yang diamibil untuk memastikan kebolehpercayaan, integrity, kecekapan kakitangan yang mempunyai akses Data Peribadi; dan v) Langkah-langkah diambil untuk memastikan penghantaran Data Peribadi dengan selamat. 6. Hak Akses dan Pembetulan Anda berhak meminta akses dan pembetulan Dat Peribadi yang dipegang oleh kami dengan memberikan 7 hari notis bertulis kepada kami dan anda boleh; a. Menyemak adakah kami memegang atau mengguna Data Peribadi dan meminta akses data tersebut; b. Meminta kami membetulkan sebarang Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini; c. Meminta kami nyatakan dan menerangkan dasar-dasar dan prosedur-prosedur yang berhubung dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh kami. 7. Penyimpanan Data Peribadi Kami akan memproses Data Peribadi bagi tujuan yang disebutkan seperti di atas sahaja, dan kami tidak akan menyimpan Data Peribadi lebih lama daripada yang diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan kami. Kami bertanggungjawab dlaam mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan semua Data Peribadi akan dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal dalam perkara anda menutup atau memadamkan akaun HeyHo anda dan Data Peribadi adalah tidak diperlukan lagi untuk pemprosesan bagi tujuan-tujuan sebelum ini. 8. Intergriti Data Kami akan mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan Data Peribadi adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan menjamin terkini dengan mempertimbangkan tujuan Data Peribadi dikumpulkan dan diproses. 9. Bahasa Dasar Ini Dasar ini akan disediakan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya sebarang konflik dalam pentafsiran antara dua versi, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.