Tujuan kolaborasi ini adalah untuk membantu golongan rakyat terutamanya golongan sasar yang terkesan oleh pandemik Covid 19 dapat memanfaatkan platform digital untuk berniaga dari rumah bagi menaik taraf ekonomi kendiri serta mengekalkan perniagaan secara tidak langsung membantu ekonomi negara.

Latar Belakang HEYHO

HEYHO ditubuhkan pada March 2021 dengan taraf Perusahaan Sosial (Social Enterprise) oleh Dato’ Jovian Mandagie. Objektif utama HEYHO adalah untuk membantu Industri Rumah iaitu perusahaan yang dijalankan dari rumah dan mempunyai potensi untuk berkembang. HEYHO telah memulakan Operasi Aplikasi pertama pada 20 Mei 2021 dengan melancarkan HEYFOOD, iaitu aplikasi pembelian dan penghantaran makanan yang telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dalam masa yang singkat. Tambahan lagi, kini HEYSHOP bakal dilancarkan pada bulan September. HEYSHOP adalah aplikasi “marketplace” dimana pelbagai jenis barangan akan dijual dengan kadar yang berpatutan.

alternative

Objektif

alternative
Membantu memberi platform kepada bisnes dari rumah
alternative
Melatih peniaga baru mengembang kearah digitalisasi
alternative
Mengalakkan pengusaha untuk berpindah ke arah ekonomi digital

Faedah kepada kumpulan Sasar

  • Usahawan HEYHO akan mendapat bimbingan secara menyeluruh oleh usahawan-usahawan yang ternama
  • Mendapat pendedahan daripada usahawan ternama dan selebriti melalui sosial media
  • Menaik taraf dan memperkembangkan lagi bisnes sedia ada di dalam ekonomi digital berlandaskan industri revolusi 4.0

Golongan Wanita lebih diperkasakan terutama pada golongan sasar untuk lebih matang dan berdikari dalam pasaran kerja

  • Membantu menaik taraf kehidupan dan sosio ekonomi keluarga
  • Mencipta peluang pekerjaan secara meluas kepada masyarakat setempat
  • Mengurangkan kadar kemiskinan negara